My Blog List

Monday 4 August 2014

Bilik Earl Grey

Sesuai dengan nama Teh Laris, satu bilik di atas diberi nama 'Earl grey' berlandaskan nama salah satu teh kegemaran ramai.

Bilik 'Earl Grey' mampu memuatkan maksimum 24 orang sesuai untuk parti hari jadi ,reunion, tong tin meeting( mesyuarat main duit kutu) dan lain lain.

Bilik 'Earl Grey 'dilengkapi dengan set karaoke yang boleh disewa untuk digunakan.  Berikut adalah gambar-gambar suasana berbuka di bilki Earl grey'.




Teh Laris di atas

Assalamualaikum semua,

Sudah setahun saya tidak menulis di blog ini. Hari-hari yang berlalu dengan begitu pantas sehingga terlupa untuk meng'update'kan blog ini.

Pada masa ini saya berada di kafe ,menulis sekali lagi dengan penuh keazaman untuk menambahkan isi blog, sambil mendengar iringan lagu 'Aku suka dia'. Ya kami telah memasang Astro di kafe ini dan pada petang ini kami memasang siaran lagu 'Era Petang'.

Sebenarnya kami telah menambahkan ruang di Kafe ini sejak bulan Ramadan lepas. Ruang itu kami tambahkan di atas memandangkan kadang-kadang pada waktu tengah hari tempat duduk tidak cukup.

Terima kasihlah  atas sambutan pelanggan setia dan disebabkan itu kami bertekad untuk memberi ruang yang lebih selesa pada pelanggan-pelanggan.

Itulah konsep kami semasa memulakan bisnes. Kami ingin memberi suasana selesa di samping makanan yang berkualiti yang dimasak mengikut resepi tersendiri. kami berharap pelanggan dapat merasa suasana di rumah sendiri. Kafe kami berharap dapat menjadikan kafe kami ini sebagai ruang makan pelanggan yang kedua.

Ruang atas kafe telah dibuka pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa. Alhamdulillah kami juga menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa dan pada bulan raya ini ada juga yang menempah untuk majlis 'open house' di ruang atas.

Kami bercadang untuk memulakan menu 'western' khas untuk di atas sebagai tambahan kepada menu kampong kami. Di antaranya ialah Chicken chop, Fish N Chips, Chicken Grill, Beef steak and lamb chop.

Jemputlah datang

Saturday 3 August 2013

Salam
Saya juga ada membuat biskut yang berasaskan resepi suji. Biskut suji yang ada dibuat ialah biskut suji almond, biskut arab dan kek suji.
Saya membuat sendiri biskut biskut ini berdasarkan resepi yang dibuat sendiri.Buat masa ini Teh Laris membuat biskut ini sedikit sedikit untuk menjaga kualiti yang dapat memberi rasa keaslian suji.
Sekarang saya sedang dalam peringkat akhir merekacipta logo atau sticker yang akan mengenalkan Teh Laris yang bukan saja menyediakan makanan di Kafe nya tetapi juga ada membuat biskut biskut berasaskan suji.
Dibawah adalah 'design' biskut suji dan biskut arab untuk dipasarkan pada masa akan datang.



Friday 2 August 2013

Our location

Salam, 
In a week we will be in google map.So this is our location.
Dalam seminggu Teh Laris akan masuk di dalam google map. Lokasi kami adalah seperti yang tertera di bawah.

Teh Laris Kafe
21 Jalan Snuker ,Tadisma Business Park 13/28
Section 13
Shah Alam, SELANGOR
Malaysia

019-239 8224
Email address:tehlaris@yahoo.com
Description:
A relaxing place to dine
Categories:Malaysian Restaurant
Photos:

Wednesday 31 July 2013

Salam semua,

Pertama sekali saya mengucapkan selamat berpuasa untuk semua rakyat Malaysia yang berugama Islam. Diharap kalian semua sihat walafiat dan dapat menunaikan segala ibadat yang dicita pada bulan yang mulia ini.

Ini adalah blog saya yang pertama tentang Kafe saya yang terletak di 21 jalan Snuker , Tadisma Business Park 13/28, seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Tentulah kerana pertama kali menulis dalam blog , kalau adalah kekhilafan , harap maaf maafkan saja dan juga dapat memberi komen untuk saya membuat pembaikan untuk penulisan yang akan datang.




The month of Ramadan is a holy month. You can break your fast at Teh Laris


Saturday 27 July 2013

Salam
This is my new post for my cafe. Teh Laris Kafe.
I just want to introduce Teh Laris Kafe, a cafe to relax with home made Southern menu.
Our signature dishes include Nasi Tomato, Nasi Lemak, Mee Rebus and the relatively unknown Mee Bandung Batu Pahat.
We are situated at Jalan Snuker , Tadisma Business Park Section 13 Shah Alam.
I will post more later...