My Blog List

Monday 4 August 2014

Bilik Earl Grey

Sesuai dengan nama Teh Laris, satu bilik di atas diberi nama 'Earl grey' berlandaskan nama salah satu teh kegemaran ramai.

Bilik 'Earl Grey' mampu memuatkan maksimum 24 orang sesuai untuk parti hari jadi ,reunion, tong tin meeting( mesyuarat main duit kutu) dan lain lain.

Bilik 'Earl Grey 'dilengkapi dengan set karaoke yang boleh disewa untuk digunakan.  Berikut adalah gambar-gambar suasana berbuka di bilki Earl grey'.




Teh Laris di atas

Assalamualaikum semua,

Sudah setahun saya tidak menulis di blog ini. Hari-hari yang berlalu dengan begitu pantas sehingga terlupa untuk meng'update'kan blog ini.

Pada masa ini saya berada di kafe ,menulis sekali lagi dengan penuh keazaman untuk menambahkan isi blog, sambil mendengar iringan lagu 'Aku suka dia'. Ya kami telah memasang Astro di kafe ini dan pada petang ini kami memasang siaran lagu 'Era Petang'.

Sebenarnya kami telah menambahkan ruang di Kafe ini sejak bulan Ramadan lepas. Ruang itu kami tambahkan di atas memandangkan kadang-kadang pada waktu tengah hari tempat duduk tidak cukup.

Terima kasihlah  atas sambutan pelanggan setia dan disebabkan itu kami bertekad untuk memberi ruang yang lebih selesa pada pelanggan-pelanggan.

Itulah konsep kami semasa memulakan bisnes. Kami ingin memberi suasana selesa di samping makanan yang berkualiti yang dimasak mengikut resepi tersendiri. kami berharap pelanggan dapat merasa suasana di rumah sendiri. Kafe kami berharap dapat menjadikan kafe kami ini sebagai ruang makan pelanggan yang kedua.

Ruang atas kafe telah dibuka pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa. Alhamdulillah kami juga menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa dan pada bulan raya ini ada juga yang menempah untuk majlis 'open house' di ruang atas.

Kami bercadang untuk memulakan menu 'western' khas untuk di atas sebagai tambahan kepada menu kampong kami. Di antaranya ialah Chicken chop, Fish N Chips, Chicken Grill, Beef steak and lamb chop.

Jemputlah datang